BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

10 November 2009

Sejarah Komputer

SEJARAH KOMPUTER

                  Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun tersebut terciptalah elektroni pertama di dunia, ia dikenali dengan nama ABC (Atansoff and Barry Computer). Komputer yang menempuh kecepatan yang membuka jendela komputer modern pada hari ini di cipta oleh Atanasoff bersama Barry. Ciptaan kedua sahabat ini mengira dengan menggunakan tiub hampa gas. 
        
                   Pada dekade yang sama seorang lagi saintis bernama Eckerd dan Mounchly berjaya menciptakan komputer yang dikeali denga nama ENIAC (Electronic Numerator Integrator Analycer & Computer). Malangnya tujuan utama komputer dicipta ketika itu bagi tujuan peperangan.

                   Saingan menciptakan komputer semakin pesat apabila pada tahun 1949 terciptanya sebuah lagi komputer, ia dikenal dengan nama EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Computer) di University Cambridge. Berbeda dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini di gunakan sebagai alat yang beroperasi dibawah kawalan atur cara tersimpan. Atur cara tersimpan merupakan satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan ia melalui langkah-langkah tertentu serta tersusun.

                    Selepas itu berbagai jenis komputer diciptakan dan perlombaan komputer yang lebih canggih semakin hebat. Berbagai jenis komputer, senama dan kegunaan dihasilkan hingga saat ini.

0 komentar: